Puasa Untuk Kesihatan Batin

Assalamualaikum w.b.t

Sempena nak masuk bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan rendah diri aku kongsikan dengan semua sedikit info yang aku baca dari buku Allah Doktorku. Puasa secara amnya bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga. Selain dari merasa lapar dan dahaga, sebenarnya ada banyak kelebihan lain apabila kita menjalani ibadah puasa. Salah satu daripadanya adalah untuk kesihatan batin (kesihatan roh / kesihatan jiwa):

1) Menundukkan tabiat bahimiah

Puasa dapat menundukkan tabiat bahimiah (perangai haiwan) dan menyuburkan tabiat malaikat (perangai malaikat).

2) Mendidik manusia mematuhi perintah Allah

Puasa mendidik manusia agar berperangai sebagaimana suruhan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang di samping meninggalkan larangan-Nya.

3) Bersabar menghadapi pelbagai dugaan

Dengan menahan makan dan minum akan dapat melahirkan kekuatan cita-cita dan keindahan sabar, serta mampu membolehkan seseorang itu menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup.

4. Menanamkan perasaan ingin membantu orang miskin

Puasa dapat memberi kesedaran akan adanya kemiskinan dan kelemahan. Bagi orang yang berpuasa ia akan merasakan betapa pentingnya makan dan minum. Dengan demikian, hati mereka akan tersentuh apabila orang miskin yang kekurangan makanan. 

Selain itum puasa juga mampu menghindarkan manusia daripada sifat sombong dan takbur, sebaliknya menanamkan perasaan ingin membantu orang miskin.

5. Mengawal nafsu

Puasa dapat menjaga jiwa daripada tersungkur dalam kancah dosa, sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud,
"Sesiapa yang tidak ada kemampuan untuk berkahwin, maka berpuasalah, kerana berpuasa itu boleh melenyapkan hawa nafsu."

Apabila nafsu boleh dikawal, maka dengan sendirinya manusia itu akan terhindar daripada perbuatan mungkar dan maksiat.

6. Menggerakkan hati orang kaya untuk ingat kesusahan orang miskin

Puasa dapat menggerakkan hati orang kaya untuk ingat akan kesusahan fakir miskin dan memberi bantuan makanan kepada orang miskin.

Apabila manusia telah lapar, maka jiwanya akan tergerak untuk ingat kepada orang-orang yang lapar.

Nabi Yusuf ketika ditanya, "Mengapa tuan lapar (menahan lapar) padahal Tuan yang memegang perbendaharaan negara?" Nabi Yusuf menjawab, "Saya takut kenyang yang dapat menyebabkan saya lupa kepada orang lapar."
Umat Islam digalakkan memberi SEDEKAH sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah.

7. Menajamkan fikiran dan mata

Orang yang berpuasa akan mendapat pelbagai faedah kelaparan, iaitu dapat menajamkan fikiran dan mata hati.

Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua Umat Islam di dunia ini.. :D Niat puasa jangan lupa ye!!

1 comment:

  1. Puasa memang banyak kelebihan dan manfaatnya kan,.. :)

    ReplyDelete