Rindu sama ini dell

Assalamualaikum w.b.t

Belek-belek gambar lama, ternampak gambar ni.. dell kesayanganku.. Dell ni lah yang banyak simpan rahsia aku.. Yang banyak bantu aku dalam menyiapkan laporan-laporan yang diminta oleh bos.. Dan dengan dell inilah aku buat bisnes plan aku.. Menaip strategi2 untuk nak naikkan sales.. Berhubung dengan customers, marketing, create poster produk dll. Sememangnya hampir 70% penggunaan dell ini menjurus ke arah bisnes shaklee yang aku sayangi..


Rindu juga dengan sticky notes pada desktop dell.. On je laptop, mesti baca nota-nota tu.. Rasa down, mesti nak cari nota berharga tu.. Nota-nota penting yang selalu memberi peringatan buat diri aku yang sering alpa..

".. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu (3)." 

- Surah At-Talaaq (2-3)

Live well or live hell, You choose
Live your life to the fullest potential and happiness
Believe in Allah, alsi believe in His Qada' dan Qadar
Always learn, learn and learn
Setahun berlalu. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.. Dell merajuk dengan aku sebab terhempaskan dia. Aku tak ingat apa yang rosak tapi abang aku cakap kos untuk repair lebih mahal daripada beli baru. Jadi, walaupun sayang, aku terpaksa tinggalkan dell.. Minta maaf dell.. ;(

No comments:

Post a Comment