Risik Merisik ESP

Assalamualaikum w.b.t

Setelah beberapa lama tinggalkan amalan makan suplemen, makanya masalah jerawat kembali menghantui diriku. Sebenarnya sekarang ni masa makan memang tak tentu.. Kadang-kadang sehari makan sekali jer.. Ada masa pulak dah tak lalu nak makan dek kerana banyak makanan yang berlebihan.. 

Nak makan suplemen ni, perut kena alas dulu.. Tak boleh main telan jer.. Lagipun SUPLEMEN KAN MAKANAN TAMBAHAN, BUKANNYA PENGGANTI SUMBER MAKANAN. Pernah tau amek vitalea masa perut kosong.. Lepas tu perut memulas-mulas, pening kepala, rasa nak muntah.. Salah satu fungsi vitalea kan untuk membekalkan tenaga.. Tapi bila makan tak ikut aturan, memang melepet habislah.. Bukannya dapat tenaga tambahan, makin lemau adalah.. And since that, memang dah tak berani nak amek suplemen secara sembarangan.. Tiap kali nak telan suplemen, make sure perut berisi dulu..

And inilah salah satu sebab kenapa diri ni sukar nak konsisten makan suplemen. hurm..

Balik pada cerita JERAWAT tadi.. Bila makan tak tentu masa, tambah dengan stress lagi, rehat tak cukup, emosi asik tak stabil, banyak makan fast food, maka jerawat pun bermaharajalela la tumbuh kat muka. Dan tangan ni pula jenis tak reti duduk diam.. Asik nak mengutil jer kerja. Jerawat ni kalau kita tak usik pun, dia akan tinggalkan parut..Apatah lagi bila kita dok picit2.. Lagi gelap parut yang ditinggalkan..

So bermulalah kembali usaha untuk mencatikkan wajah.. Nak kurangkan kulit muka yang berminyak supaya jerawat ni segan nak tumbuh.. Nak kurangkan kesan kesan parut lagi.. Suplemen memang tak masuk dalam senarai sebab masalah makan tak tentu masa tadi.. Alternatif pertama buat rawatan facial yang kalau sekali pergi confirm kena rm100 - rm200 (kulit bermasalah maka harganya pun lagi mahal). Buat facial ni kena konsisten sebulan sekali barulah boleh nampak kesan. Kalau setakat pergi sekali memang tak jalanlah..

Alternatif kedua, jumpa doktor pakar kulit. First time jumpa pakar kulit. Apa yang dia bagi.. Cleanser, ubat sapu siang dan ubat sapu malam.. Total semua rm380.00.. Mak aih!! Tapi sebab nak cantik teruskan jugak.. Nak dekat sebulan repeat lagi jumpa doktor untuk amek ubat malam.. Pun sama rm380 jugak.. Gilalah.. Memang ada nampak perubahan.. Tapi kena konsisten.. Kalau tak pakai ubat, makin menjadi pulak.. Sebulan je nak maintain muka hampir rm400.. Aduhai!! Tak laratlah kalau tiap-tiap bulan macam ni.. Akhirnya setakat abeskan stok ubat jer.. Sob.. sob..

Then terpandanglah ESP.. ESP ni pernah menjadi kegemaran aku suatu ketika dulu. Aku pernah kisahkan cerita ESP saya dalam entry yang dulu-dulu:

1) Suplemen Untuk Orang Malas (Klik Sini)
2) Protein ESP Bantu Mengurangkan  Simptom Pedih Ulu Hati (Klik Sini)
3) Dunia Shaklee Saya.. Vitamin Shaklee Saya (Klik Sini)

But then.. tetiba aku discontinue ESP. Again.. Aku dah terbiasa minum ESP ni dengan air sejuk pada waktu pagi (around 7-8 am). Tapi sekarang kurang-kurang pukul 7 pagi dah kena gerak pergi kerja. Nak minum air sejuk seawal jam 6.30 pagi, perut ni tak biasa lagi.. Perut masih meminta untuk diisi dengan air panas. Itulah alkisahnya kenapa tiba-tiba je aku stop minum ESP.

Berbalik pada cerita tadi, disebabkan kulit muka memang dah bermasalah sangat.. Dah buat alternatif 1 dan alternatif 2 pun masih tak jalan jugak, maka dengan sukahatinya aku pun kembalilah kepada ESP! Memang terfikir ESP saja yang mampu untuk selesaikan masalah nan satu ni.. Kenapa ESP??

To be continued..

Haha.. Dah panjang sangat ni.. Tak larat nak menaip.. Kita sambung next entry ye!

No comments:

Post a Comment