8 tips kuruskan badan untuk kekal langsing

Assalamualaikum w.b.t

Saya percaya setiap orang mesti mengidamkan bentuk badan yang cantik. Bila sebut cantik, automatik akan terbayangkan kurus dan langsing kan! Bagi saya sendiri, biarlah bentuk badan sekadar sedap mata memandang. Tak perlu nak kurus sangat.. Yang penting sihat sejahtera, masih mampu untuk menyumbang tenaga kepada agama, bangsa dan negara.. ewahhh!!

Tapi kita sedar tak yang sebenarnya penyumbang utama kepada masalah obesiti adalah berpunca daripada amalan pemakanan kita sendiri. Dalam bahasa mudah, kita akan menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia apabila kita TIDAK mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bagi mengelakkan kita tergolong dalam golongan 'penyumbang' tu, di sini saya kongsikan tips2 untuk kuruskan badan beserta pengalaman saya sendiri.

Tips kurus

TIPS  – Makan dalam portion yang kecil

Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang menyatakan perut kita akan ambil masa selama 10 minit untuk hantar signal kepada otak untuk bagitahu yang dia (perut) sebenarnya dah kenyang. Sebab itulah saya sarankan supaya kita makan dalam jumlah yang kecil sebab walaupun sikit tapi sebenarnya dah mencukupi. Selalunya kalau makan di luar saya suka untuk berkongsi makanan dengan ahli keluarga. Makanan kat luar tu kan selalunya dalam protion yang banyak. Tak mampulah saya nak habiskan sorang-sorang.

TIPS – Makan buah-buahan / salad sebelum makan menu utama

Walaupun jenis makanan ni mengandungi kalori yang rendah tetapi ianya sangat membantu untuk membuatkan kita cepat kenyang. Buah-buahan misalnya, dikenali mengandungi kandungan fiber yang tinggi. Daripada saya makan makanan yang tinggi kolesterol, baik saya lebihkan makan buah-buahan, betul tak? Rasa kenyang pun boleh tahan lama.

TIPS – Bersarapan pagi

Jangan pernah skip sarapan pagi! Walaupun nampak macam remeh & leceh tapi dengan bersarapanlah akan membuatkan kita aktif dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Sarapan ni jugak boleh mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan pada waktu malam.

Dulu saya selalu skip makan pagi dan tengahari semata-mata fokus pada kerja (fokus lah sangat.. ;p) At the end, balik kerja otak memang nak cari nasi saja. Tak cukup 1 pinggan, siap bertambah-tambah lagi! Bila diingat balik, masa tu berat badan memang makin bertambah.. :(

TIPS – Elak makan depan TV

Tips ni nampak macam tak  logik tapi sedar tak, bila makan depan TV, kita akan leka menghabiskan makanan @ snek yang ada.  Contoh paling mudah bila pergi tengok wayang bawak popcorn dengan air coke, sambil tonton wayang sambil makan. Sedar-sedar je dah habis, kan! Lepas ni saya cadangkan kita tukar snek yang tak berkhasiat tu dengan potongan buah-buahan. Sihat sangat!

TIPS – Jangan makan lewat malam

Cara lain untuk jaga berat badan adalah tak makan sebelum tidur. Biasanya kalori akan memberi tenaga pada badan tapi kita tidak perlukan pun tenaga yang banyak semasa tidur. Nanti kalori yang kita ambil tu akan disimpan dalam bentuk lemak pula. Seboleh-bolehnya saya akan kawal diri untuk kawal nafsu supaya tak makan secara berlebihan pada waktu malam.

TIPS – Say NO to gula packet

Kalau boleh, masa minum kopi atau teh yang kurang manis, elakkanlah daripada menggunakan gula dalam paket (sachet). Cukuplah hanya dengan satu sudu teh gula atau gantikan dengan madu atau sirap maple. Sekarang ni, dah jadi habit saya pula bila minum teh tanpa gula or susu. Sedap pulak rasanya!

TIPS – Minum air suam

Bila keluar berjalan-jalan pula, saya akan sentiasa pastikan untuk bawa sebotol air suam. Dulu ada juga skip, sekarang dah jadi amalan. Rasa tak lengkap kalau tak bawak air. Bila rasa dahaga, teguk je air kosong tu. Secara tak langsung tak adalah nak pergi cari air manis-manis.

TIPS – Bersenam

Tips terakhir ni yang paling penting tau! Nak kurus memang tak ada cara lain. Wajib kawal pemakanan dan wajib bersenam! Bersenam ni bukan bermaksud kita kena pergi ke gym. Banyakkan berjalan kaki atau naik turun tangga juga merupakan senaman.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Selain tips-tips di atas, anda juga boleh amalkan pemakanan Set Kurus & Langsing Shaklee untuk kurus dan langsing secara semulajadi!

Set Kurus
Set Kurus & Langsing Shaklee

Me,
Farah
Shaklee ID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment