Siapa Aku?

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa aku?
Aku adalah seorang hamba Allah Yang Maha Esa.
Yang sedang belajar untuk lebih mengenali dan mencintai Penciptanya.
Yang sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Siapa aku?
Aku adalah seorang anak kepada kedua ibubapaku.
Seorang adik kepada abang dan kakakku.
Seorang kakak kepada adik-adikku.

Siapa aku?
Aku adalah seorang isteri kepada bakal suamiku.
Seorang ibu kepada bakal anak-anakku.

Siapa aku?
Aku adalah seorang pelajar.
Yang sentiasa belajar tentang erti kehidupan.
Untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan.

Siapa aku?
Aku adalah seorang insan.
Yang sedang berusaha keras.
Untuk memajukan dirinya.
Mengikut acuan yang diimpikannya.

Siapa aku?
Aku adalah seorang insan.
Yang tidak akan mengenal erti putus asa dan jemu.
Dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang datang.

Siapapun aku.
Aku hanyalah insan kerdil.
Yang mendambakan kebahagiaan yang hakiki.

Siapa aku?
Aku adalah aku.


Love,
Farah
17092015:2243

1 comment: