6 Tips Buat Bisnes Shaklee Tanpa Mengabaikan Tanggungjawab Semasa

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana nak bahagikan masa antara bisnes dan tanggungjawab lain? Saya kongsikan 6 tips yang saya biasa amalkan.. mana tau boleh beri manfaat kepada yang lain.. 😀

1/ Buat jadual waktu.. benda ni nampak macam remeh tapi percayalah ianya sangat membantu untuk kite merancang aktiviti harian..

(Buat pemulaan, janganlah terus buat jadual yang padat sepadat2nya, nanti rasa terkongkong langsung tak ikut jadual tu.. 🤔 saya buat sekadar untuk dapatkan gambaran je bila masa untuk buat kerja lain, bila masa untuk keluarga, bila masa untuk buat bisnes.. jadi semuanya tak diabaikan.. tapi kalau korang jenis yang boleh ikut jadual 100%, silakanlah.. 🤗)

2/ Tiap2 pagi senaraikan dulu tugasan yang perlu dilakukan untuk sepanjang hari tersebut.. 

(Macam shaklee, kite memang dah ada master checklist kan, jadi ikut je MC tu.. 😎 untuk lain2 tugasan, boleh buat / tambah sendiri..)

3/ Kelaskan tugasan tu ikut keutamaan masing-masing.. boleh kelaskan ikutkan kepentingan setiap tugasan atau due date..

(Saya memang selalu buat ni masa kat salcon dengan usim dulu.. nampak gayanya kena amalkan balik sekarang ni.. 😉)

4/ Ambil masa dalam sejam untuk schedulekan post2 yang berkaitan dengan bisnes atau produk pada malam sebelumnya..

(Yang ni sebenarnya sangat membantu.. bila dah buat schedule post tu, siangnya tu boleh fokus buat kerja lain dengan senang hati.. 😙)

5/ Jangan bertangguh.. bila bertangguh, kerja akan jadi semakin banyak.. bila banyak makanya stres.. bila stres tak dapat nak mencari idea untuk buat sharing..

(Tak kisahlah kerja hakiki atau kerja rumah atau kerja bisnes.. bila ada masa terus buat! Jangan sesekali kata 'nantilah' sebab lastnya nanti tak buat pun.. ini dalam kes sayalah.. 😅)

6/ Biasakan menulis atau mencatat apa saja idea yang datang.. idea ni kalau kita tak tulis nanti die hilang macam tu jer..

(Hp masing2 canggih kan, tulislah idea korang tu dalam notes.. apa saja idea yang datang.. bila ada masa lapang, review balik idea tu dan mulalah karang ayat cantek2.. ataupun sediakan buku nota dan bawak buku nota tu ke mana saja korang pergi.. senang nak catat apa2 info.. 📝)



Notakaki : tips2 ni memang saya pernah amalkan cuma kurang konsisten.. rasanya kena tambah tips ke-7 pulak supaya buat secara konsisten.. 😂

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment