Buku Yang Last Baca?

Assalamualaikum w.b.t

Misi mencari buku bertajuk "10" gagal!

Kecewa tau cari buku tapi tak jumpa2.. cari buku tu sebabnya satu je.. sebab nak baca cerita garfu dan camca karya penulis feberet - hlovate 

Semua karya hlovate ni memang ada dalam simpanan.. malam semalam baru belek2 ulang baca buku Contengan Jalanan.. haa.. baca berulang kali pun tak bosan.. kumembaca bukan kerana jalan ceritanya tapi disebabkan oleh isi kandungannya.. giteewww!



Semua buku beliau mempunyai mesej yang sama tapi dengan cerita yang berbeza.. kisah penghijrahan dari kurang baik kepada menjadi yang lebih baik.. bukan ke dalam islam sendiri menekankan supaya kita sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa?

Terkadang kita rasa kita dah cukup baik bila kita solat 5 waktu, tutup aurat dan baca yasiin seminggu sekali, tapi adakah semua amalan tu mencukupi untuk bekalan akhirat nanti? Cuba renung-renungkan sejenak..

Banyak ayat quran, hadith dan motivasi turut diselitkan dalam ceritanya.. yang menariknya semuanya dalam gaya santai.. walau santai tetap sentap tiap kali baca (walaupun dah berulang kali membaca..)

Bagi saya buku-bukunya memang memberi inspirasi buat diri yang serba kekurangan ni.. serious, setiap kali membaca mesti ada perasaan dan semangat nak improve diri sendiri.. sebab tulah saya suka sangat dengan karya hlovate!

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment