Hobiku Adalah Membaca

Assalamualaikum w.b.t

(Hari ni nak cerita pasal hobi membaca sebab lepas ni nak pergi cari buku garfu dan camca..😂)

Dari zaman sekolah lagi, kalau cikgu tanya apa hobi kamu? Jawapan cliche adalah "saya suka membaca" haha..

Tapi sebenarnya memang betul pun!

Disebabkan hobi yang satu ni, saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada satu buku kat tempat yang selalu saya lepak.. 

Kat bilik tidur dah tentulah banyak.. siap buat mini library lagi tau! Dalam kereta pun ada sebuah buku jugak.. kat meja sekolah pun ada.. bayangkan kalau nak travel pun mesti kena bawak buku, kalau tak rasa macam tak lengkap hidup! 

Saya suka simpan buku-buku motivasi & buku tentang kehidupan kat semua tempat yang dinyatakan tadi.. sebab saya sangat kenal diri sendiri yang emosinya ups and downs.. jadi bila rasa macam down, bukalah buku tu dan mulalah membaca.. in shaa Allah mudahlah terpujuk hati tu nanti.. 😁

Sekarang ni dah mula simpan dan baca buku-buku nutrisi jugak.. nak menambah baik ilmu sedia ada supaya mudah nak explain pada prospek dan customer.. seronok sebenarnya baca buku nutrisi sebab ia berkait rapat dengan diri kita sendiri.. 😀

Oh ya.. dalam beg tangan pun ada jugak buku tau.. lebih-lebih lagi kalau nak pergi ke tempat yang memang kena menunggu macam klinik atau hospital.. sambil menunggu sambil membaca.. produktif sangat kan?



Percayalah, selain dapat tambah ilmu, kita juga dapat menambah nilai-nilai positif dalam diri dengan membaca.. yang penting, pilihlah buku-buku yang bermanfaat.. bukan setakat novel cinta semata-mata.. 😍😍

Notakaki : membaca itu kan jambatan ilmu.. 📖

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment