Refleksi Diri Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t

Tak lama je lagi tahun 2016 bakal berakhir.. sebulan lebih sikit jer lagi.. rasa macam cepat sangat masa berlalu..

Ingat lagi masa awal tahun haritu plan macam-macam.. nak buat bisnes biskut la.. nak buat jual tudung laa.. haha.. tapi akhirnya daku setia dengan shaklee jugak.. 😎 

Banyak sangat sebenarnya moments yang best sepanjang tahun ni.. yang kurang best tu simpan sendiri je la ye..

Tahun ni rasanya macam banyak jugak bercuti bersama keluarga.. port dickson, melaka, pulau pinang, langkawi.. jauh di sudut hati, saya teringin sangat nak sponsor satu family pergi bercuti.. tak kiralah percutian dalam negara ataupun di luar negara..

Dulu saya teringin sangat nak banyak masa untuk diri sendiri.. salah satu sebabnya adalah nak belajar agama.. Alhamdulillah, sekarang setiap hari rabu pagi dapat meluangkan masa untuk belajar ilmu feqah dan tafsir al-quran..

Lagi.. saya mula bekerja di Smart Reader Kids.. satu pengalaman yang sangat menarik sebenarnya.. banyak benda baru saya belajar.. dan in shaa Allah jika diizinkan Allah saya bercadang nak sambung belajar dalam bidang Pendidikan PraSekolah pada tahun 2018 (doakan saya berjaya ye!)

Shaklee
Shaklee Meningkatkan Tahap Kesihatan Diri

Okaylah, since ni adalah tugasan #tsunamishaklee, jadi saya selitkan juga #shakleeeffect.. moment yang paling best tentunya bila dapat membantu mereka yang memerlukan shaklee untuk tingkatkan kesihatan diri mereka.. seronok sangat bila dengar feedback yang positif..

Notakaki : yang manis2 tu kite jadikan kenang2an.. yang pahit2 tu pulak, kita padamkan terus dari ingatan.. 😁

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment