Ups And Downs Dalam Bisnes Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

4 tahun bersama shaklee..

Tipulah kalau kata sepanjang 4 tahun ni manis-manis dan indah-indah je semuanya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak kisah shaklee dan aku! 😂

Pernah down banyak kali terutamanya bila tak capai target ataupun sales takde berhari-hari.. eh, kalau sales takde memanglah tak capai target.. 😅 merajuk pun pernah tau.. hahaha..

Kalau dah asyik down je kenapa masih buat shaklee?

Tapiiii.. bila fikir-fikir balik, bila muhasabah diri balik.. sebenarnya semunya berpunca daripada diri sendiri.. kenapa letak target setinggi gunung sedangkan usaha yang dilakukan ala-ala melepaskan batok di tangga.. sebenarnya diri sendiri yang tak komited.. sendiri yang tak follow apa yang leader tunjukkan.. 😐 kalau nak bandingkan usaha yang leader buat dengan sendiri buat memang macam langit dengan bumi.. patutlah diorang berjaya tapi diri sendiri? Masih berjaya, cuma kurang berjaya je.. 😅

Syukur sangat berada dalam group yang sangat supportive.. macam yang saya cerita semalam, bila lama-lama buat shaklee ni, sekarang dah terdidik untuk lebih bersikap positif dan berlapang dada.. bila ada yang reject, it's okay, ramai lagi yang mahu.. 😀 yang penting kena gandakan usaha.. usaha.. dan usaha.. 💪💪

Sekarang shaklee dah jadi 1 of my passion.. sebab utama kenapa buat shaklee adalah untuk langsaikan hutang rumah.. 🏡 tak sanggup nak tunggu 20-30 tahun lagi untuk setelkan hutang tu..



Kenapa shaklee, bukan bisnes lain?

Dah 4 tahun saya belajar selok belok bisnes shaklee, produk-produk shaklee, tak kan nak berhenti sekerat jalan? Lagipun rasa sayang sangat nak tinggalkan shaklee sebab saya tau potensi dan peluang yang shaklee tawarkan.. kalau buat benda baru kena start from zero balik.. 😉

Notakaki : kalau ada yang kata bisnes diorang tu mudah sangat, tolong jangan percaya! Kalau betul tersangatlah mudah, dah ramai orang kaya & mewah kat Malaysia ni.. 😂

Terima kasih sudi baca coretan panjang ni.. 😊

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment