Buat Bisnes Shaklee Guna Smartphone Jer

Asalamualaikum w.b.t

Jujurnya saya bukan pandai sangat bab-bab gajet ni.. smartphone apa yang latest pun saya tak tau.. 😅

Mungkin sebab saya rasa cukup dah dengan si pinky (smartphone kesayanganku) yang ada kat tangan ni.. setakat hari ni memang si pinky ni banyak berjasa dalam bisnes shaklee saya..

☺ hampir 99% saya buat sharing shaklee guna si pinky ni jer (personal facebook, fanpage, instagram)

☺ saya update blog pun guna si pinky (guna apps blog it dan blogger)

☺ segala idea ada yang ada cepat-cepat taip kat notes.. bila ada masa akan review dan buat ayat cantek-cantek dan publish..

☺ nota-nota produk, harga produk semua diduplikasi dalam telefon samada dalam bentuk gambar / dokumen / pdf.. bila prospek atau custosmer tanya cari je kat folder dalam telefon ni.. (susun info lawa-lawa ikut kategori masing-masing supaya mudah nak cari nanti..)

☺ mudah nak berhubung dengan upline, leaders, anak shaklee, customer, prospek dan lain-lain untuk sesi konsultasi, coaching, kelas online..(medium utama guna whatsapp)

☺ nak buat order pun guna si pinky.. (ada install apps my shaklee tapi tak reti guna.. 😅)

☺ yang penting ada camera.. amek gambar cun-cun, edit lawa-lawa.. taraaaa... post kat facebook terus! (edit gambar guna snapseed, photo studio, picart, photo collage)

☺ boleh sakan selfie.. eh.. eh.. selfie dengan vitamin okay! (tapi sekarang tak boleh guna selfie.. keluar error.. kenapa ye.. 🤔)

☺ boleh schedule posts.. dapat tugasan, buat dan schedule awal-awal macam post ni.. 😁 (guna buffer atau hootsuite atau kedua-duanya..)

☺ ni tersangat-sangatlah penting.. boleh backup semua data.. kalau hilanglah data-data ni atau tetiba si pinky ni merajuk, mau saya pulak yang meraung nanti.. (saya guna manual ju cucuk kabel ke komputer.. 😂 ada cara lain yang lebih mudah tak?)


Tapiiii.. nak buat perkara-perkara di atas ni kebanyakannya perlukan penggunaan internet.. kalau takde line internet alamatnya say babai je lah.. 😂

Lagi satu masalah bateri si pinky ni cepat habis.. kalau caj penuh dapat guna sampai tengahari je.. jalan alternatif kenalah bawak power bank selalu..

Notakaki : ada ke smartphone yang baterinya boleh tahan lama?

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment