Kenali Darah Tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Jom #kenalidarahtinggi

Selalu dengar sana sini ada je orang yang kena darah tinggi.. darah tinggi atau hipertensi ni merupakan penyakit senyap yang boleh bawak kepada pelbagai komplikasi termasuklah kematian, lebih2 lagi jika tak dirawat..

Yang menakutkan, ramai yang tak tau pun yang dia mengalami sakit darah tinggi sebab kebanyakannya tak rasa apa2 tanda atau gejala..

Sebab tu kalau ada rasa sakit kepala pada bahagian belakang kepala atau pening2, terutamanya pada waktu pagi, tolonglah pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.. terus buat pemeriksaan bagi pastikan tahap kesihatan.. biasanya tekanan darah akan diambil dan pemantauan akan dilakukan..

Kalau kita tak kawal, tekanan darah yang tinggi ni akan buatkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal terdedah kepada tekanan tinggi yang kronik..

Ini akan sebabkan komplikasi saluran darah ke otak dan jantung menjadi sempit dan menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tak dikawal..

Penyakit tekanan darah tinggi ni tidak ada sebab yang spesifik tapi faktor macam sejarah ahli keluarga yang ada sakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes boleh menjadi penyumbang kepada penyakit ni..

Sama2lah kita jaga kesihatan diri dengan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.. #kawalmakan, #aktifdiri dan #taknakrokok



Notakaki : vivix dan omega guard boleh membantu untuk mengawal tekanan darah tinggi, tahap gula dan tahap kolesterol darah dalam badan..


Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment