Kenangan Musim Hujan

Assalamualaikum w.b.t

Saya suka sangat bila hujan turun.. bukannya suka sebab dapat main hujan tapi suka tengok titisan hujan yang jatuh membasahi bumi.. rasa macam damai je suasana tu (kalau tak disertai kilat dan petir laa..)

Dulu masa duduk keramat, belakang rumah ada sungai.. tiap kali hujan lebat mesti seronok duduk kat pintu dapur sebab nak tengok air limpahan sungai tu sampai ke rumah ke tak.. padahal masa tu mama dah risau kalau banjir masuk rumah nanti macam-macam benda nak kena uruskan.. haha.. tapi tak pernah sampai masuk rumah pun!

Lepas tu kalau balik kampung kat sungai rokam  pun sama.. biasanya kalau hujan lebat air akan naik.. tapi rumah kampung kan tinggi jadi tak adalah sampai masuk ke dalam rumah pun.. jadi tiap kali hujan memang dah standby siap-siap angkut selipar masuk dalam rumah sebab tak nak kes selipar hanyut..

Masa tu nanti kami akan berkumpul adik beradik kat tangga dok main-main air.. kan kecik lagi jadi mana nak kisah air tu bersih ke tak.. yang penting seronok main.. lepas tu kena marah.. haha.. pernah jugak buat sampan kertas lepas tu lumba sesama sendiri.. aissh! Kenangan betul la..😀



Sekarang ni bila hujan ada hobi baru.. tadah air hujan dengan baldi.. nak buat apa dengan air hujan tu? Banyak tau kegunaan die.. boleh buat sendiri baja AB untuk pokok belakang rumah (nak buat baja tak boleh guna air klorin tau 😉) tengok pokok-pokok tu.. segar bugar kan?

Notakaki : sambil-sambil mengimbau kenangan lama, kite telan 2 biji vitamin c untuk kuatkan sistem imun badan..

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment