Letih Naikkan Kadar Kolesterol

Assalamualaikum w.b.t

Belek-belek surat khabar terbaca tentang benda ni..

Letih boleh naikkan kadar kolesterol..
Tidur lewat juga antara punca kolesterol tinggi..

Betul ke??



Katanya bila kita tak cukup tidur selama 1 minggu, ia boleh ganggu sistem genetik yang kawal tahap kolesterol.. dan akan sebabkan penurunan tahap kolesterol baik..

Kolesterol baik atau HDL ni kan bawa kolesterol dalam darah ke hati.. lepas tu kolesterol berlebihan akan disingkirkan melalui sistem usus.. jadi dapatlah elakkan pembentukan plak pada arteri..

Tapiii..

Kalau arteri yang bekalkan darah ke jantung ni dipenuhi dengan plak, kita akan rasa sakit dada (angina)..

Lepas tu kalau plak pada dinding arteri tadi terkoyak, ia boleh sebabkan gumpalan darah pada bahagian tu.. ini akan halang laluan darah ke jantung dan boleh bawa maut.. inilah yang dinamakan serangan jantung..

Dan kalau darah tak dapat sampai ke otak pulak, kita boleh kena strok..

Walaupun letih dengan tidur lewat ni bukanlah punca utama sakit darah tinggi, tapi sebaiknya dapatkanlah rehat yang mencukupi.. itu hak badan kita tau! Bila kita cukup rehat, cukup tidur, badan pun akan jadi lebih cergas dan cerdas..

Notakaki : terasa macam hari ni hari rabu pulak!


Me,
Farah
SID 885249 
017-673 4603

No comments:

Post a Comment