Sayuran vs Vitamin

Assalamualaikum w.b.t

Hasil tanaman belakang rumah.. 😍


Dulu saya tak suka makan sayur.. tapi sejak bercucuk tanam sendiri ni dah mula pandai makan sayur.. yeay!

Dalam banyak-banyak sayur saya paling suka brokoli.. pernah cuba tanam sendiri tapi tak menjadi.. 😓

Rasanya semua pun tahu tentang kepentingan makan sayuran kan.. sayuran ni mengandungi pelbagai zat galian, vitamin dan serat yang amat diperlukan oleh badan.. ia juga bebas dari kolesterol serta mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah..

Sebab ni lah kita disarankan untuk mengambil makanan seimbang termasuklah sayuran dan buah-buahan.. lagi banyak warna dalam sesuatu hidangan lagi baik.. 😀

Tapi korang tau tak nutrien yang terkandung dalam sayuran ni boleh hilang semasa proses masakan?

-- vitamin larut air (vitamin B dan C) mudah terhapus semasa proses memasak

-- mengupas kulit sayur seperti lobak dan kentang boleh mengurangkan nutriennya kerana kebanyakan khasiatnya berada berhampiran kulit sayur

-- merebus sayur terlalu lama turut mengurangkan kandungan nutriennya

Ni baru beberapa contoh.. tak masuk lagi penggunaan pestisid atau racun serangga yang digunakan untuk menghalau seeangga perosak..

Sebab itulah pentingnya untuk kita top up kekurangan nutrien tadi dengan vitamin.. ingat ye, vitamin untuk cukupkan apa yang kurang, bukan untuk menggantikan sayuran atau buah-buahan tersebut.. tolong jangan salah faham ye!

Notakaki : ada apa-apa petua tak nak bagi tanaman brokoli ni menjadi? 🤔
 
#tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #proG20

Me,
Farah
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment