7 Sebab Utama Kenapa Bukan Selain Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Masuk tahun ni (2017), genap lima (5) tahun DN amalkan suplemen shaklee. Bukan satu masa yang singkat tapi Alhamdulillah DN setia dengan nan satu ni ;)

Dalam entry ni DN akan kongsikan sebab-sebab KENAPA MESTI SHAKLEE? Kenapa bukan suplemen jenama lain.

Kalau dulu DN pilih Shaklee disebabkan harganya yang mampu milik, tapi sekarang DN punya tujuh (7) alasan yang lebih kukuh untuk tidak berpaling kepada yang lain.

PERTAMA - Shaklee Mempunyai Kajian Klinikal Bagi Setiap Produk Yang Dihasilkan

Produk Shaklee bukanlah produk cikai yang boleh siap dalam sebulan dua sebelum dipasarkan. 

Walaupun di US, pihak Food and Drug Administration (FDA) telah tetapkan yang suplemen tidak memerlukan kajian saintifik sebegini, tetapi Shaklee tetap menjalankan kajian demi kajian untuk membuktikan yang Shaklee sememangnya adalah suplemen terbaik.

Berikut DN senaraikan antara hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. (Boleh klik link tersebut untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci)

a- Ostematrix - Calcium Availability Study
b- Cinch Inch Loss Plan - Weight Loss Study
c- Cinch Products - Glycemic Index Testing 

Untuk menjayakan kajian-kajian ini bukanlah satu proses yang mudah dan murah, malah mengambil masa yang sangat lama dan menggunakan banyak tenaga kepakaran dari seluruh dunia.

Bangga DN menjadi sebahagian daripada team Shaklee ni :D

KEDUA - Landmark Study (The Landmark Dietary Supplement Study)

Shaklee adalah satu-satunya syarikat pengeluaran suplemen yang menjalankan Landmark Study untuk membuktikan bahawa suplemen Shaklee adalah SENTIASA SELAMAT dan SENTIASA BERKESAN.

Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Prof. Gladys Block dari Universiti Berkeley, California pada tahun 2007.

Kajian ini melibatkan tiga (3) kumpulan;

a- Kumpulan yang tidak mengambil suplemen langsung
b- Kumpulan yang mengambil suplemen selain Shaklee
c- Kumpulan yang telah mengamalkan suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun

Hasil kajian mendapati pengamal suplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang LEBIH BAIK berbanding dua (2) kumpulan yang lain.

Shaklee Landmark Study
Shaklee Landmark Study

Bagi DN, ini merupakan strong point untuk DN terus kekal mengamalkan suplemen Shaklee tanpa rasa ragu-ragu atau takut akan kesan sampingannya.

KETIGA - Penglibatan Scientific Advisory Board Shaklee

Setiap produk baru yang dihasilkan mestilah mendapat kelulusan daripada ahli-ahli Scientific Advisory Board.

Antara ahli-ahli Scientific Advisory Board of Shaklee termasuklah;

Dr. Yasuhiko Kojima
Dr. Yasuhiko Kojima


a- Dr. Yasuhiko Kojima
Beliau merupakan ahli Imunologi yang telah mencipta NutriFeron, produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan sistem imun badan, selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikannya.




Prof. Elizabeth Blackburn
Prof. Elizabeth Blackburn



b- Prof. Elizabeth Blackburn
Beliau merupakan penerima Nobel Prize Award dalam bidang perubatan pada tahun 2009 melalui kajiannya berkaitan telomere.




Bukan calang-calang orang tau mereka ni. Macam manalah DN tak jatuh cinta dengan suplemen Shaklee :)

KEEMPAT - Penglibatan Shaklee Science Team

Produk-produk Shaklee telah dibangunkan oleh sekumpulan saintis Shaklee yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing.

Antaranya termasuklah Dr. Bruce Daggy dan Dr. Jamie McManus di mana kedua-duanya turut terlibat dalam pengurusan tertinggi Shaklee.

Dr. Bruce Daggy sahaja telah menerbitkan 80 jurnal dan abstrak serta telah mendaftar 13 patent di bawah namanya.
 
Antara hasil penerbitan Dr. Bruce Daggy

Percayalah cakap DN, untuk menerbitkan satu (1) jurnal berprestij ini bukanlah satu perkara yang mudah. DN pernah berkerja bahagian research di salah sebuah Universiti Awam di Malaysia dan DN tahu betapa strugglenya pensyarah-pensyarah ini nak menghasilkan penerbitan.

KELIMA - Menjadi Pilihan Atlet Olimpik

Semasa Sukan Olimpik di Rio 2016 pada tahun lepas, seramai 37 atlet dari US merupakan sebahagian daripada team Shaklee Pure Performance.

Shaklee Pure Performance Team
DN kongsikan angka menarik buat pembaca yang budiman ya!
16 atlet daripada 37 atlet berkenaan telah memenangi pingat.
13 atlet daripada 16 atlet berkenaan telah memenangi pingat EMAS.
Selebihnya 1 atlet telah memenangi pingat PERAK dan 2 atlet memenangi pingat GANGSA.
Terus rasa 'WOW'

Sebagai atlet, DN tahu mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan tambahan ataupun suplemen yang tidak mengandungi bahan terlarang seperti dexamethasone.

Mereka perlu menjalani ujian doping dan sekiranya didapati positif mengandungi bahan terlarang, mereka akan digantung perlawanan. Sekiranya mereka telah memenangi sebarang pingat, pingat tersebut akan ditarik balik dan ini akan memberi kesan kepada ranking mereka!

DN beryukur sangat-sangat, produk-produk Shaklee adalah 'clean', sebab itulah atlet-atlet pun boleh amalkannya dengan yakin dan selamat.

KEENAM - Kerjasama Shaklee - NASA Dalam Menghasilkan Produk Untuk Angkasawan

Jujurnya DN dapat tahu perkara ni hanya pada baru-baru ini sahaja.

Shaklee telah dipilih oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) untuk berkerjasama bagi menghasilkan satu produk khusus untuk para angkasawannya mengekalkan stamina selama berada di angkasa lepas.

Captain Kelly Mark - Vitalizer

Sejak tahun 1993, Shaklee telah membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan para angkasawan, yang digelar AstroAde dan yang menariknya ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Dah lebih 20 tahun pun, kan?

KETUJUH - Landmark Study II (The Shaklee Telomere Research Landmark Study II)

Penyelidikan yang dijalankan oleh Prof. Elizabeth Blackburn ini telah pun mendapat keputusan awal.

Kajian ini dijalankan untuk mengukur telomere pengamal suplemen Shaklee yang telah mengambil Vivix, Cinch dan Vitalizer secara konsisten selama lima (5) tahun.

Hasil awal mendapati bahawa kumpulan yang mengamalkan suplemen Shaklee mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan kumpulan yang langsung tidak mengamalkan sebarang suplemen.

Telomere

Secara dasarnya, Landmark Study II dijalankan untuk membuktikan bahawa Vivix, Cinch dan Vitalizer dapat melambatkan kadar pemendekan telemore.

----------#####----------

Akhirnya, lengkap sudah senarai 7 Sebab Utama Kenapa Bukan Selain Shaklee daripada DN.

Bila dengar perkongsian ini daripada seorang sahabat SID, DN tahu yang keputusan DN mengamalkan suplemen Shaklee ini adalah SANGAT TEPAT. Atas keyakinan inilah, makanya DN kongsikan pula fakta-fakta ilmiah ini dengan pembaca-pembaca yang disayangi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua :)


Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment