Azam Cycle Baru Bisnes Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

1 Mac 2017.

Permulaan bulan baru.
Juga merupakan bulan terakhir untuk cycle 2016 / 2017 dalam Shaklee.

Bagi yang belum tahu, cycle Shaklee ni tak sama dengan tahun masihi. Permulaan cycle baru adalah pada bulan April dan berakhir pada bulan Mac tahun berikutnya.

Apa kepentingan cycle ni?

Untuk cycle 2017 / 2018 ni, sekiranya DN dapat kumpul point yang mencukupi, maka layaklah DN untuk join trip Shaklee yang penuh dengan kejutan tu (dengan syarat kena naik RANK SUPERVISOR dahulu).
 
Bagi yang sangat-sangat mahukan PERCUTIAN PERCUMA ke Bangkok ataupun, mahu merasai pengalaman naik cruise ke Spain, France dan Italy, maka inilah saatnya untuk anda mula bertindak!

Bagaimana caranya?

Bermula dengan MENDAFTAR AHLI SHAKLEE pada hari ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk kumpul point tersebut.

Kita semua adalah FIGHTERS!
Bagi DN sendiri, cycle 2016 / 2017 ini tidaklah berapa 'manis' seperti sahabat-sahabat yang lain. Tetapi DN tetap OPTIMIS dan POSITIF dalam perjalanan mendaki tangga kejayaan dalam bisnes shaklee ini.

Mana ada kejayaan yang datang bergolek. Setiap kejayaan itu pasti ada kisah di sebaliknya. Mungkin, inilah kisah DN dan DN perlu berusaha lebih keras lagi untuk mencapai impian tersebut.

Terus terang bila masuk bulan Mac ni, macam-macam perasaan datang sebab DN tahu, inilah masa terbaik untuk DN naik rank Supervisor. Rasa teruja, takut, risau, semangat, gerun, semuanya ada. DN mesti fight untuk dapatkan group sales sebanyak RM9,500 pada bulan ini (Mac 2017), supaya  apabila bermulanya cycle baru, DN boleh terus kumpul point untuk rewards yang Shaklee tawarkan.

Untuk capai matlamat ni, DN mesti tingkatkan usaha supaya seiring dengan target yang dah pun DN setkan. Paling penting, DN wajib konsisten.
 
DN nak kongsikan sedikit pesanan mentor DN dalam bisnes ni;
1-- Niatkan buat bisnes untuk berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat
2-- Untuk berjaya, bukan sekadar perlu ada impian, tetapi kita mesti berusaha sepenuhnya untuk mencapai impian tersebut
3-- Kita juga perlu faham bahawa setiap apa yang ada di dunia ini adalah hak milik Allah, maka semoga segala usaha yang kita lakukan akan dikembalikan untuk kejayaan di akhirat nanti.

Buat pembaca-pembaca yang baik hati,

Doakan agar DN terus tetap kuat dan bersemangat dalam perjalanan ini, ya! 

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment