Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum bercerita lebih lanjut, DN nak buat disclaimer dulu.
Vitamin-vitamin yang dicadangkan di sini adalah suplemen, bukannya ubat. Ia tidak bertujuan menggantikan ubat untuk merawat atau menyembuhkan penyakit-penyakit kronik.
Dalam entry yang lepas, DN dah bercerita secara umum tentang penyakit diabetes @ kencing manis.

Jadi kali ini, DN nak terus cadangkan suplemen terbaik untuk pesakit kencing manis.

Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis
Dalam gambar di atas, terdapat lapan (8) jenis suplemen yang sangat membantu dalam mengawal penyakit kencing manis.
  • Vivix
  • ESP - Soy Protein Isolate Powder
  • GLA complex
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Omega Guard
  • Vitalea
  • B-complex
  • Nutriferon
DN senaraikan pula fungsi setiap satu daripadanya supaya pembaca lebih memahami kepentingannya.

1-- VIVIX

VIVIX merupakan tonik cecair yang kaya dengan resveratrol dan polifenol. Kandungan antioksidannya adalah sangat tinggi sehingga mampu memperlahankan proses penuaan sel.

Sebelum ni, DN ada nyatakan bahawa salah satu punca kencing manis adalah disebabkan oleh proses penuaan.
PENUAAN boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan protein AGE yang mengakibatkan berlakunya komplikasi kencing manis.
Protein AGE terbentuk apabila gula yang berlebihan bertindak balas dengan protein di dalam badan.
Salah satu mekanisme tindakan VIVIX adalah dengan menghalang pembentukan protein AGE.


2-- ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP sememangnya merupakan sumber protein terbaik buat pengidap kencing manis.

Salah satu kebaikan protein soya adalah mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dengan mengamalkan pemakanan yang indeks glisemiknya rendah, maka tahap gula yang sihat di dalam darah dapat dikawal.
Indeks glisemik bagi karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi, manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.
Soya juga adalah hormon tumbuhan di mana ianya dapat membantu menggalakkan lagi penghasilan hormon insulin.
Insulin adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula (glukosa) di dalam tubuh.
Bagi DN, ESP adalah suplemen wajib bagi pesakit kencing manis. NO EXCUSES!


3--  GLA Complex

GLA complex mengandungi asid lemak omega-6 yang bertindak sebagai anti-radang di mana ianya dapat membantu mengurangkan simptom kesakitan saraf yang dialami oleh pesakit kencing manis.

DN sangat galakkan pesakit kencing manis untuk amalkan GLA Complex dan B-complex bagi mengurangkan rasa kebas-kebas dan sakit saraf yang dialami oleh pesakit diabetik neuropati.


4-- Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C juga sangat penting bagi pesakit kencing manis;

➮ Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan jangkitan.

Luka yang dialami oleh pesakit kencing manis selalunya lambat sembuh. Ini disebabkan oleh kandungan gula yang berlebihan dalam darah menjadi tarikan bakteria.

➮ Vitamin C mencegah gula di dalam sel daripada bertukar kepada sorbitol. 
Sorbitol, less commonly known as glucitol, is a sugar alcohol with a sweet taste which the human body metabolizes slowly.
Sorbitol dapat meningkatkan risiko komplikasi kencing manis seperti kerosakan mata (penghasilan katarak, retinopati dan neuropati), kegagalan buah pinggang dan kerosakan saraf.

➮ Vitamin C membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan 'kekakuan' arteri bagi pesakit kencing manis (vitamin C menguatkan dinding arteri).

DN nak kongsikan satu (1) tips pemilihan suplemen vitamin C dengan pembaca;
Pastikan pilih vitamin C yang ada fungsi Sustained Release. Maksudnya, bila kita telan, vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Makanya badan kita akan kekal ada vitamin C selama 5 jam.

5--  Omega Guard

Jangan pelik kenapa pesakit kencing manis juga memerlukan Omega Guard. DN akan terangkan kaitannya.

Ianya bermula dengan amalan pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat obesiti. Bila obes, maka risiko untuk dapat penyakit kencing manis juga akan meningkat kerana potensi untuk berlakunya rintangan insulin adalah besar.

Omega Guard mengandungi omega-3 yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL) dan menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL) di dalam darah.

Makanya, Omega Guard membantu menurunkan risiko kencing manis dan juga penyakit kardiovaskular. 

Nota : Walaupun Omega Guard juga merupakan agen anti-inflamasi, tetapi GLA Complex adalah lebih bagus dalam mengurangkan simptom-simptom kebas dan menghalang kerosakan saraf (oleh kandungan gula dalam darah) bagi pesakit diabetik neuropati.

Bagaimanapun, pengambilan kedua-duanya adalah lebih baik kerana badan kita sememangnya memerlukan omega-6 dan omega-3 supaya balance.


6-- Vitalea (multivitmain dan multimineral)

DN suka untuk cadangkan Vitalea kerana kebiasaannya pesakit kencing manis perlu mengawal pemakanan mereka (berpantang makan) dan ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan nutrisi dalam badan.
Pengambilan suplemen multivitamin dan multimineral dapat menampung kekurangan nutrisi buat pesakit kencing manis.
Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral, termasuklah beberapa mineral yang sangat diperlukan oleh pesakit kencing manis.
➥ Kromium
Kekurangan kromium adalah perkara biasa dalam kalangan pesakit kencing manis (jenis II) dan ini menyebabkan penyerapan gula (glukosa) ke dalam sel menjadi kurang cekap.
Chromium is a mineral that helps insulin work effectively, to keep your blood sugar at healthy level.
➥ Zink
Zink adalah nutrien yang penting untuk penyembuhan luka terutamanya buat pesakit kencing manis yang mengalami ulser atau amputasi. 
Kandungan mineral yang tinggi juga dapat membantu untuk proses detoksifikasi di dalam badan.


7-- B-complex

Dalam entry Kenali Diabetes @ Kencing Manis, DN ada nyatakan yang salah satu komplikasi kencing manis adalah berlakunya kerosakan saraf.  

Vitamin B6 dan B12 berfungsi untuk menyokong kesihatan saraf bagi pesakit diabetik neuropati. Kedua-duanya sangat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas ataupun rasa tajam menyucuk pada hujung jari kaki dan tangan.

Istimewanya B-Complex Shaklee adalah kerana ianya mengandungi vitamin B yang lengkap - B1, B2, B3, B6, B12, biotin, pantothenic acid, dan asid folik.


8-- NutriFeron

Kandungan gula yang tinggi boleh mengganggu keberkesanan sistem imun badan. Akibatnya, pesakit kencing manis mudah mengalami infeksi lebih kerap berbanding mereka yang normal.

NutriFeron telah dikaji secara saintifik dapat menguatkan sistem imun badan. NutriFeron meningkatkan penghasilan interferon badan di mana ianya merupakan penggalak kepada sistem imun.

➧ Dengan ini lengkaplah senarai DN untuk Suplemen Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis. 

DN nak ingatkan juga selain suplemen, pastikan pembaca amalkan 4 langkah utama untuk mengawal kencing manis:
1- Makan dengan sihat dalam jumlah yang terkawal
2- Aktifkan diri untuk tingkatkan sensitiviti insulin
3- Makan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor
4- Awasi kadar gula setiap hari
Sekiranya pembaca ada sebarang persoalan boleh hubungi DN. In sha Allah DN akan bantu mana yang mampu.

Me,
Farah (DN)
SID 885249
017-673 4603

No comments:

Post a Comment